Skip to main content

Black Lives Matter

Ini kisah sedih yang ada segelintir rakyat Malaysia merasakan mereka juga berada pada tempat George Floyd ni. Ditidakkan hak kerana bangsa mereka. Sebenarnya agak janggal jugalah bila ada yang beranggapan seperti ini. Apa yang kita nampak hari ini, adalah kisah mereka yang beratus tahun didiskriminasi. Saya juga berkesempatan melihat peninggalan zaman Aparthied di South Africa. Bezanya di South Africa, ianya jelas. Tapi di Amerika, nampak macam tidak ada seperti diceritakan dalam media mereka, tapi masih menebal. Secara jujurnya, bila bekerja dengan Mat Salleh ni, lebih-lebih lagi yang ada rasa 'Supremacist' memang itu perangai mereka ini. Tapi tidaklah dinafikan, bukannya semua ada berperangai begini. Yang mana ad itu, itulah yang dirasakan bila bekerja dengan mereka.

Kembali pada kisah kita rakyat Malaysia. Ya betul, kadang-kadang kita akan rasa seperti didiskriminasi. Macam banyak dilebihkan bumiputera ini, kn? Kita ada Jus Soli, kita ada DEB, yang mana boleh nampak macam mana kerajaan cuba melebihkan sesetengah kaum. Tetapi, tidakkah kita terfikir, sebenarnya kita memiliki hak sama rata. Kalau kita rujuk balik sejarah negara-negara yang ada pelbagai kaum ini, lebih-lebih lagi ada yg majoriti lebih dari 2/3 rakyatnya. Hak ekonomi, kalau tidak diusahakan oleh seperti yang kita lihat dalam Malaysia ini, akan jadi lah ketidaksamarataan yang mana kesannya mengambil berpuluh tahun. Cuba kita lihat, dari sudut bila ekonomi hanya dimonopoli oleh satu kaum saja. Maka terdapatlah jurang ekonomi. Bila jurang makin besar, maka masa itulah macam-macam boleh jadi.

Itu baru ekonomi. Dan itulah yang banyak menghantui mereka di Amerika nun. Ditidakkan hak nak bekerja, ditidakkan hak keselamatan. Mereka ini, sampai bila jumpa polis lebih rasa terancam dari rasa selamat. Dan kematian Floyd ini, betul-betul kemuncak marahnya mereka ini. Bayangkan, dari zaman moyang mereka. Kene culik, jadi hamba, dah bebas dari hamba kene duduk asing, tidak dapat bekerja, tidak dapat sekolah siap kene ancam bunuh. Walaupun dah berlalu berpuluh tahun, sikap prejudis ini masih tidak lekang. Sekarang Police Brutality pula.

Konklusinya, adakah kita rasa kita ini sama macam meraka. Katakanlah, suatu hari nanti, ada kawan india/cina saya ditindih seperti George Floyd ni oleh polis, saya tidak teragak-agak untuk terajang sahaja polis ini pada ketika itu. Itulah yang kita rasa, dan ramai lagi rakan-rakan kita merasakan perkara yang sama. Dan percayalah, kita jauh lebih baik. Dan saya berdoa, kita akan lebih baik pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Brain Test

Credit to Herald Sun THE Right Brain vs Left Brain test ... do you see the dancer turning clockwise or anti-clockwise? If clockwise, then you use more of the right side of the brain and vice versa. Most of us would see the dancer turning anti-clockwise though you can try to focus and change the direction; see if you can do it. Give a try..leave a "ape kata anda"...

melihat-lihat..

manusia dgn pelbagai ragam dan cara... satu perjalanan yg indah aku jalani hari ini...berjalan seperti berada pada zaman 50-an atau mgkin 40-an..sekitar lorong2 lame di melaka.. terasa syahdu... melihat pelbagai ragam manusia..dari yg berjalan kaki hinggalah yg menaiki kenderaan mewah.. masing2 punya interpersonal dan persepsi yg berbeza2.. melihat seorg apek menaiki moto buruk..bunyi bising..dlm kelajuan yg agak perlahan..kadang hati ini ade terfikir..sapekah die?mgkin die sedang blik dari mane2...mencari sesuatu... dtg pula seorg pakcik usia lingkungan 50-an..naik moto gak..mgkin die blik keje..muke die sugul...mungkin kepenatan blik dari keje..mgkin kene marah ngan boss tadi..dh tu keje melambak..tak lain tak bukan..tujuannye utk mndapat rezeki yg halal... berhenti plak di kedai makan..duduk meja depan sekali..dekat ngan jalan..jalan di situ lengan dn rase selesa dengan suasana petang yg indah...sdg makan..dtg dua org makcik..naek scooter..baru blik berbelanja agaknye..byk brg yg di...