Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Black Lives Matter

Ini kisah sedih yang ada segelintir rakyat Malaysia merasakan mereka juga berada pada tempat George Floyd ni. Ditidakkan hak kerana bangsa mereka. Sebenarnya agak janggal jugalah bila ada yang beranggapan seperti ini. Apa yang kita nampak hari ini, adalah kisah mereka yang beratus tahun didiskriminasi. Saya juga berkesempatan melihat peninggalan zaman Aparthied di South Africa. Bezanya di South Africa, ianya jelas. Tapi di Amerika, nampak macam tidak ada seperti diceritakan dalam media mereka, tapi masih menebal. Secara jujurnya, bila bekerja dengan Mat Salleh ni, lebih-lebih lagi yang ada rasa 'Supremacist' memang itu perangai mereka ini. Tapi tidaklah dinafikan, bukannya semua ada berperangai begini. Yang mana ad itu, itulah yang dirasakan bila bekerja dengan mereka. Kembali pada kisah kita rakyat Malaysia. Ya betul, kadang-kadang kita akan rasa seperti didiskriminasi. Macam banyak dilebihkan bumiputera ini, kn? Kita ada Jus Soli, kita ada DEB, yang mana boleh nampak macam